13 February 2009

Aku,kau dan dia




Teman umpama sebutir mutiara berharga. Itulah yang mampu saya ungkapkan. Tanpa teman, dunia kelihatan sunyi. Tanpa teman, tiada seri kehidupan ini. Tanpa teman, tiada lagi pelangi mewarnai taman insani. Tanpa teman, tiada lagi hilai tawa yang menghiasi diri. Tanpa teman, dunia terasa sunyi dan sepi. Tanpa teman, hidup mungkin tiada erti.

Pernah suatu ketika, saya melihat dua orang sahabat. Tak silap saya, pada ketika itu hujan. Agak lebat saya kira. Saya lihat dua orang sahabat sedang berjalan meredahi hujan. Dan hanya terdapat satu sahaja payung yang dipegang. Mereka berjalan beriringan. Sebelah menyebelah. Saya pelik. Asyik saya melihat mereka. Dalam satu payung, saya lihat seorang daripada mereka memberi ruang kepada kawannya untuk melindungi diri sepenuhnya daripada terkena kesejukan air hujan yang semakin rancak membasahi bumi. Sedangkan si kawan yang memberi kesempatan itu hampir basah keseluruhan tubuhnya. Saya tahu dia kesejukan. Mereka semakin menghampiri saya. Semakin hampir dan semakin hampir. Kemudian duduk di sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman sebagai tanda tidak kisah. Saya mengambil kesempatan untuk bertanya keadaan yang saya lihat. Saya bertanya, kenapa baju adik basah sampai begini sedangkan kawan adik tidak sebasah adik. Padahal adik dan kawan adik berkongsi payung yang sama. Pelajar tersebut diam. Agak lama. Kemudian berbicara. Katanya, dia tak nak kawannya kesejukan kerana dibasahi hujan. Katanya juga, dia tak nak kawannya demam dek kerana hujan. Saya bertanya kenapa dia bertingkah laku sebegitu rupa. Katanya, kawan saya terlalu baik. Dah banyak pengorbanan yang telah dia lakukan ke atas diri saya. Sudah banyak dia menghulurkan bantuan. Katanya lagi, kerana dia saya masih lagi boleh melihat keindahan ciptaan Ilahi. Kerana dia juga saya masih mampu berdiri di sini. Pengorbanan yang dilakukannya belum mampu saya balas. Jadi tak salah kiranya pengorbanan sebegitu saya lakukan. Walaupun dia tidak sedarinya, tapi itu yang termampu bagi saya. Mendengarkan kisah tersebut, mengingatkan saya kepada satu kata-kata. “Kalau mencari kawan, carilah yang boleh bersama-sama dengan kita waktu susah dan waktu senang. Perhatikan ketika hujan. Seorang sahabat akan sanggup kebasahan demi sahabatnya”.

Memori ni menggamit kenangan 3 tahun lalu. Sewaktu kaki mula melangkah ke menara gading. Saat itu, hati ini sentiasa berdetik. Adakah aku mempunyai kawan untuk melewati hari-hari sebagai seorang mahasiswi. Orang cakap di Universiti banyak tugasan dan dugaan yang perlu ditempuhi . Yup.. ianya terlalu menguji diri ini. Ternyata memang teman diperlukan. Ya.. saya juga tidak terkecuali. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Saya punya teman. Teman yang begitu memahami. Syukur saya kepada Ilahi. Teman-teman sering ada bersama saya. Dianugerahkan juga rakan sekelas yang “sporting” dan “happy go lucky”. Semakin bertambah senyuman dalam tawa saya. Kesyukuran saya panjatkan kerana dianugerahkan teman sedemikian rupa.


No comments: