29 August 2009

cinta..


Cinta itu, jatuh dari langit atau dari jatuh dari hati???

Ungkapan ini …bagi mereka yang tepuk dada tanya selera…pasti akan jawab,,,cinta itu buta…first time aje pandang dah suka…tak kisah lah orang tu macam mana…kalau dah suka balun aje…tapi bagi mereka yang tepuk dada tanya minda…pasti akan jawab…silap tu, cinta tidak buta tapi manusia bercinta yang buta…bila difikirkan semula…betul jugak…cinta kan tak der mata…mcm mana nk lihatkan…tapi sebenarnya kita lupa…sebenarnya cinta tidak buta…mata cinta adalah hati…ye la cinta tu untuk kita lebih mengenali siapa diri dia yang sebenar bukan main kebas aje… hahaha… sebab itulah hati adalah mata kepada cinta…hanya hati boleh menilai sejauh mana kita kena seseorang tu…sebenarnya cinta itu anugerah…anugerah Allah kepada hambanya…anugerah daripada maha pencipta…

18 July 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum....

Yup...tanpa aku sedar, ini sudah masuk tahun ke empat aku menyambut bulan ramadhan di Tanjong Malim...so...nie menandakan aku sudahpun berada di tahap untuk menghabiskan pengajian di sini...insyaallah awal tahun hadapan aku dan rakan-rakan yang lain akan melangkah ke satu lagi takuk dalam memperkemaskan diri untuk menjadi pemdidik yang berwibawa...dalam kegembiraan ada juga terselit sedikit kesayuan...ye la... bulan ramadhan..kalau boleh semua orang nak mengyambut bulan mulia ini bersama-sama dengan keluarga tercinta...tapi hampa... hasrat dihati untuk melakukan sedemikian terpaksa aku hampa kan demi melihat tanggungjawab aku disini kian bertambah...asignment yang menuntuk kesabaran yang tinggi dari aku terpaksa aku tabahkan diri untuk menyiapkan tanggungjawab ini...alhamdulillah hampir dah nk siap pun tugasan yang diberikan...dan yang laing menguji kesabaran aku ialah latihan ilmiah...subhanalllah Allah aje yang tahu bertapa aku risau...risau yang membentuk dalam hati kian parah bila semakin hari semakin membesar dan bertambah...namun aku patrikan janji di dala hati untuk lakukan yang terbaik untuk membawa hasrat di hati untuk menghadiahkan kejayaan kepada mak dan ayah tercinta...itu patri aku di dalam hati...insyaallah akan aku laku lak yang terbaik...

Pejam celik-pejam celik ramadhan yang menjelma kini 7 hari...menuntut kita sebagai umatnya untuk menghambakan diri kepada yang Khalid...Allah yang maha pencipta...aku juga seperti umat manusia yang lain...berkejar-kejar untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah swt...menunaikan ibadat puasa dengan sepenuh hati.. tapi kadang-kadang manusia lupa...sama seperti aku.. sifat manusia yang mudah lupa membuat kan aku terfikir adakah aku juga seperti mereka...yup benar...aku juga seperti mereka...tanpa peringatan dan nasihat daripada mereka yang aku kasih, aku tentu jatuh ke dalam lubuk lupa...alhamdulillah, bersama-sama dengan rakan di sini aku sedikit sebanyak cuba untuk membaiki kelemahan diri yang nyata tidak sempurna...terima kasih kepada yang memberi ingatan...

06 April 2009

pengalaman demi pengalaman

Assalamualaikum....
alhamdulillah saya kembali selepas 3hari 2 malam outstation di Sabak Bernam...sebelum tu tahniah saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana berjaya melaksanakan kaunseling kelompok yang telah berlangsung. Masing-masing telah menunjukkan kehebatan masing-masing. Maklumlah setelah 10 minggu bertungkus-lumus dalam makmal untuk menguasi kemahiran-kemahiran kelompok. Seperti saya, saya juga seperti rakan-rakan yang lain...alhamdulillah saya juga berjaya melaksanakna dengan jayanya. seperti ada semangat baru, saya telah melakukannya...ye la mana tak nya...pada mulanya fuhh...susahnya nak buat semua tu... tapi alhamdulillah saya berjaya lakukan...sepelas 3 hari 2 malam bertungkus-lumus, akhirnya saya bersama-sama rakan akan pulang ke upsi...masing-masing bepusu-pusu untuk dapatkan seat yang berada di hadapan...akhirnya saya dan juga rumate saya terpaksa booking seat belakang...sebelum perjalanan macam-macam nasihat yang saya dan rumate terima...huhuhu...antaranya...jaga-jaga kepala tu nanti terhentak kat atas...hahaha....kami hanya mengiyakan aje apa yang dikatakan...jadi kami terima pengalaman tersebut...dan dalam perjalanan seperti yang telah kami dinasihatkan...fuhhh...macam aksi menunggang kuda...huhuhu..memang betul apa yang telah dinasihatkan...tapi dalam hati sabar aje lah weii...dalam hati bila la nak sampai ke destinasi yang ingin dituju...huhuhu tak sabar rasanya...ditambah apabila melihat rakan-rakan lain kusyuk tidur...jelesnya huhuhuu....sampai aje dirumah....apa lagi saya pun cover balik perasaan jeles tu agar sama rata...hahaha...saya tidur...lepas aje solat saya sambung lagi..sampaila pukul 10 malam...saya bangun dan sambung buat kerja yang telah lama saya tinggalkan....sampai pukul 12.45 tengah malam...kemudia saya sambung lagi tidur...hahaha....kebetulan pada 6.04.2009, kawan saya menyambut hari ulang tahunnya yang ke-29...saya pun wish dulu...ucapan saya semoga dia panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam apa bidang yang diceburi...amin....and good nite...papaiiiiiiiiiii...before tu saya nk bagi sesuatu untuk kawan saya...mana tau kan dia view...huhuhu....untuk dia terima kasih untuk segalanya...





glitter-graphics.com

08 March 2009

Diri ini...

Saat ini aku menghitung umurku yang kian berlalu....mengharapkan kesempatan untuk aku betulkan kesilapan untuk mereka yang pernah singgah dihati…untuk dia permata hati …untuk ibu ayah yang disanjungi… anak mu ini memohon restu padamu..agar anak mu ini mampu terus berbakti padamu…doakn anak mu ibu.. doakan anakmu ayah… agar diri ku ini tabah untuk menghadapi liku-liku kehidupan…kehidupan yang penuh dengan cabaran.. ibu doakan anak mu agar dia tabah hadapi ujian dari yang Khalid. doakan anak mu….ibu ayah ampunkanlah anakmu sekiranya ada kesalahan yang telah aku lakukan….

Teman…diri ini memohon jutaan maaf sekiranya ada kekhilafan yang diri ini lakukan…teman.maaf juga sekiranya diri ku ini tidak dapat untuk memenuhi setiap permintaan mu..maaf juga wahai teman sekiranya diri ku in menyakiti hatimu tanpa aku sedari..teman..maaf juga sekiranya diriku ini terkasar di saat berbicara denganmu..teman..ampunkanlah aku…teman…terima kasih kerana sudi menerima diri yang serba kekurangan ini…teman terima kasih kerana sudi bersama diri ini waktu diri ini kesedihan…terima kasih kerana bersama diri ini diwaktu kesusahan…terima kasih untuk segalanya…

Saat ini juga aku bayangkan waktu esok yang akan datang....
aku tidak pernah membayangkan saat ini semalam...
begitu juga hari ini, aku tidak dapat membayangkan esok...
hari ini aku seakan baru sedar dari mimpi....semalam telahpun berlalu dan aku pula tidak mampu untuk mengulangi lagi...perit, pahit, manis kehidupan telah kutelan...baru sahaja ku hela nafas...ku sedut lagi....aku tak tahu...entah ini yang terakhir...mungkin ini juga yang terakhir…aku hanya mampu berdoa agar masih mempunyai kesempatan untuk aku lakukan..

Aku berkata kepada diri...biarkan saja apa yang berlalu...selagi diberi nafas...selagi aku mampu...akan kuperah keringat ini...perjuangan tanpa henti...biar air mata ini menitis...biarpun kesakitan menodai hati…biar darahku mengalir...selagi mampu...akan aku gagahi… menempuhi hari-hari dengan kekuatan di hati…untuk mereka yang disayangi…doakan diri ini…

17 February 2009

Menyintai tidak bermakna memiliki....

Hahaha…janganlah kita bersikap angkuh..sentiasa melaungkan bahawa orang yang kita cinta…orang yang kita sayang itu adalah hak milik kita atau kita kepunyaan dia… Siap letakkan cop sirim lagi...dia hak aku...dia milik aku...aku cupp dulu...macam-macam ragam. Hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesiapapun walau sekeping hati seorang insan yang kita sayangi..Sebab hukum alam menyatakan bahawa menyintai tidak semestinya kita memiliki...kita sebagai manusia yang berpura-pura, berlakon di atas pentas ini dan bertopeng untuk menutup rahsia tetapi hati kita tidak pernah berdusta kepada tuannya tentang perasaan yang bergolak di dalamnya…tidakkah kita sedar bahawa mungkin si dia melafazkan ungkapan cinta pada kita tetapi hati dan perasaannya tidak pernah berniat begitu dan dia hanya berselindung di sebalik sejuta alasan…dan kita begitu jujur dan setia menyintainya sehingga kadang-kala kita terlupa hukum alam yang menyatakan bahawa kita menyintai tidak bermakna kita memiliki. Sesungguhnya… kita tidak pernah memiliki dirinya dan dia tidak pernah memiliki diri kita. Mengertilah, kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa. Tidak sesiapa berhak memiliki diri kita kecuali Dia. Dia mengasihi kita dan Dia juga yang memiliki kita… dan ke pangkuan Dia kita kembali...

13 February 2009

Aku,kau dan dia




Teman umpama sebutir mutiara berharga. Itulah yang mampu saya ungkapkan. Tanpa teman, dunia kelihatan sunyi. Tanpa teman, tiada seri kehidupan ini. Tanpa teman, tiada lagi pelangi mewarnai taman insani. Tanpa teman, tiada lagi hilai tawa yang menghiasi diri. Tanpa teman, dunia terasa sunyi dan sepi. Tanpa teman, hidup mungkin tiada erti.

Pernah suatu ketika, saya melihat dua orang sahabat. Tak silap saya, pada ketika itu hujan. Agak lebat saya kira. Saya lihat dua orang sahabat sedang berjalan meredahi hujan. Dan hanya terdapat satu sahaja payung yang dipegang. Mereka berjalan beriringan. Sebelah menyebelah. Saya pelik. Asyik saya melihat mereka. Dalam satu payung, saya lihat seorang daripada mereka memberi ruang kepada kawannya untuk melindungi diri sepenuhnya daripada terkena kesejukan air hujan yang semakin rancak membasahi bumi. Sedangkan si kawan yang memberi kesempatan itu hampir basah keseluruhan tubuhnya. Saya tahu dia kesejukan. Mereka semakin menghampiri saya. Semakin hampir dan semakin hampir. Kemudian duduk di sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman sebagai tanda tidak kisah. Saya mengambil kesempatan untuk bertanya keadaan yang saya lihat. Saya bertanya, kenapa baju adik basah sampai begini sedangkan kawan adik tidak sebasah adik. Padahal adik dan kawan adik berkongsi payung yang sama. Pelajar tersebut diam. Agak lama. Kemudian berbicara. Katanya, dia tak nak kawannya kesejukan kerana dibasahi hujan. Katanya juga, dia tak nak kawannya demam dek kerana hujan. Saya bertanya kenapa dia bertingkah laku sebegitu rupa. Katanya, kawan saya terlalu baik. Dah banyak pengorbanan yang telah dia lakukan ke atas diri saya. Sudah banyak dia menghulurkan bantuan. Katanya lagi, kerana dia saya masih lagi boleh melihat keindahan ciptaan Ilahi. Kerana dia juga saya masih mampu berdiri di sini. Pengorbanan yang dilakukannya belum mampu saya balas. Jadi tak salah kiranya pengorbanan sebegitu saya lakukan. Walaupun dia tidak sedarinya, tapi itu yang termampu bagi saya. Mendengarkan kisah tersebut, mengingatkan saya kepada satu kata-kata. “Kalau mencari kawan, carilah yang boleh bersama-sama dengan kita waktu susah dan waktu senang. Perhatikan ketika hujan. Seorang sahabat akan sanggup kebasahan demi sahabatnya”.

Memori ni menggamit kenangan 3 tahun lalu. Sewaktu kaki mula melangkah ke menara gading. Saat itu, hati ini sentiasa berdetik. Adakah aku mempunyai kawan untuk melewati hari-hari sebagai seorang mahasiswi. Orang cakap di Universiti banyak tugasan dan dugaan yang perlu ditempuhi . Yup.. ianya terlalu menguji diri ini. Ternyata memang teman diperlukan. Ya.. saya juga tidak terkecuali. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Saya punya teman. Teman yang begitu memahami. Syukur saya kepada Ilahi. Teman-teman sering ada bersama saya. Dianugerahkan juga rakan sekelas yang “sporting” dan “happy go lucky”. Semakin bertambah senyuman dalam tawa saya. Kesyukuran saya panjatkan kerana dianugerahkan teman sedemikian rupa.


04 February 2009

kisah biskut



Assalamualaikum...
Eemm pulang aje saya dari kelas hari ini, saya terus online yahoo messanger.. boring rasanya.. sempat juga tangan ini memcari sesuatu untuk dibaca.. Seronok juga.. Sibuk mencari.. Saya terbaca tajuk satu kisah yang saya kira menarik untuk dikongsikan.. "Kisah biskut" judulnya. Saya baca. Menarik juga. Penuh dengan maksud tersurat. Saya kira molek juga saya kongsi dengan kalian.. Hayatilah kisah ini...

"...Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

“Alangkah tak malunya lelaki ni….. dah la tak mintak dari aku…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…Pencuri!! ” rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.

“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…” getusnya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar..."

Moral daripada kisah ini, kita janganlah berburuk sangka dengan orang lain. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan kita terhadap orang lain.

Fikir-fikirkan...

01 February 2009

kiblatku

Pertama kali saya dengar di radio, terdetik di hati. Best lagu ni. Tertanya-tanya apakah tajuk lagu ini. Sungguh mendalam maksudnya. Tak tahu pulak bagi anda. Liriknya begitu puitis. Dalam sekali..Sibuk saya mencari . Alhamdulillah saya temui. “kiblatku” judulnya. Penyanyi nya pulak Hazami. Kalau tak salah saya. Ingin saya petik beberapa bait lirik. Saya kira kalau diperhalusi ianya mampu memberi kesan dalam hati kecil…

“Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar”

“Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku”


“Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar”

“Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...”

Saya tinggalkan bait lirik ini. Apa yang anda faham? Adakah sama dengan apa yang tersirat di minda saya. Renung-renungkan…saya tinggalkan persoalan ini..

31 January 2009

aku da punya blog...


Diri binggung tatkala diarahkan membuat blog...mana tak nya hanya 60% sahaja ilmu yang saya ada dalam bidang teknologi ini. Semalaman saya cuba jaya menghasilkan blog sendiri. Tak sabar dibuatnya..hampir juga hilang kesabaran.. Cuti semester bermula menambahkan lagi kegusaran di hati. Masih tertanya-tanya bagaimanakah untuk menghasilkan blog.. Sepanjang cuti, diri binggung..ahh tak sabar rasanya untuk kembali ke kolej.. maklumlah di rumah capaian internet limited..huhu tanpa bantuan jaring ( chewah..).. signalnya pula langsung tak ditemui.. Akhirnya kegusaran yang melanda jiwa terlerai juga.. tanggal 30 January saya kembali menghuni kolej tercinta..apa lagi peluang yang ada saya gunakan sepenuhnya.. tak tidur juga dibuatnya..seawal pagi saya cuba jaya untuk menghasilkan blog...apalagi yang menjadi mangsa tentulah roomate tersayang ( ajar aku buat blog!!!!). Hati bermonolog sendiri. Tidak dapat disangka roomate memahami isi hati ini. dengan bantuannya, maka bermula era roomate mengajar roomate.. Hahaha..dengan keadaan teruja, dengan bantuan roomate, ditambah dengan kesabaran dan kegigihan kombinasi mantap antara saya dan roomate dengan itu terhasillah blog berjudul " TEMAN BICARA''..terima kasih roomateku kerana membantu menghasilkan blogku ini..pada mulanya tensyen juga, tapi bila dah mula tangan ini rasa sukar untuk dihentikan...sampai pagi juga rasanya blog ini tercipta....puas rasanya. terima kasih juga untuk roomate yang sudi menjadi guru sementara.