17 February 2009

Menyintai tidak bermakna memiliki....

Hahaha…janganlah kita bersikap angkuh..sentiasa melaungkan bahawa orang yang kita cinta…orang yang kita sayang itu adalah hak milik kita atau kita kepunyaan dia… Siap letakkan cop sirim lagi...dia hak aku...dia milik aku...aku cupp dulu...macam-macam ragam. Hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesiapapun walau sekeping hati seorang insan yang kita sayangi..Sebab hukum alam menyatakan bahawa menyintai tidak semestinya kita memiliki...kita sebagai manusia yang berpura-pura, berlakon di atas pentas ini dan bertopeng untuk menutup rahsia tetapi hati kita tidak pernah berdusta kepada tuannya tentang perasaan yang bergolak di dalamnya…tidakkah kita sedar bahawa mungkin si dia melafazkan ungkapan cinta pada kita tetapi hati dan perasaannya tidak pernah berniat begitu dan dia hanya berselindung di sebalik sejuta alasan…dan kita begitu jujur dan setia menyintainya sehingga kadang-kala kita terlupa hukum alam yang menyatakan bahawa kita menyintai tidak bermakna kita memiliki. Sesungguhnya… kita tidak pernah memiliki dirinya dan dia tidak pernah memiliki diri kita. Mengertilah, kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa. Tidak sesiapa berhak memiliki diri kita kecuali Dia. Dia mengasihi kita dan Dia juga yang memiliki kita… dan ke pangkuan Dia kita kembali...

13 February 2009

Aku,kau dan dia




Teman umpama sebutir mutiara berharga. Itulah yang mampu saya ungkapkan. Tanpa teman, dunia kelihatan sunyi. Tanpa teman, tiada seri kehidupan ini. Tanpa teman, tiada lagi pelangi mewarnai taman insani. Tanpa teman, tiada lagi hilai tawa yang menghiasi diri. Tanpa teman, dunia terasa sunyi dan sepi. Tanpa teman, hidup mungkin tiada erti.

Pernah suatu ketika, saya melihat dua orang sahabat. Tak silap saya, pada ketika itu hujan. Agak lebat saya kira. Saya lihat dua orang sahabat sedang berjalan meredahi hujan. Dan hanya terdapat satu sahaja payung yang dipegang. Mereka berjalan beriringan. Sebelah menyebelah. Saya pelik. Asyik saya melihat mereka. Dalam satu payung, saya lihat seorang daripada mereka memberi ruang kepada kawannya untuk melindungi diri sepenuhnya daripada terkena kesejukan air hujan yang semakin rancak membasahi bumi. Sedangkan si kawan yang memberi kesempatan itu hampir basah keseluruhan tubuhnya. Saya tahu dia kesejukan. Mereka semakin menghampiri saya. Semakin hampir dan semakin hampir. Kemudian duduk di sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman sebagai tanda tidak kisah. Saya mengambil kesempatan untuk bertanya keadaan yang saya lihat. Saya bertanya, kenapa baju adik basah sampai begini sedangkan kawan adik tidak sebasah adik. Padahal adik dan kawan adik berkongsi payung yang sama. Pelajar tersebut diam. Agak lama. Kemudian berbicara. Katanya, dia tak nak kawannya kesejukan kerana dibasahi hujan. Katanya juga, dia tak nak kawannya demam dek kerana hujan. Saya bertanya kenapa dia bertingkah laku sebegitu rupa. Katanya, kawan saya terlalu baik. Dah banyak pengorbanan yang telah dia lakukan ke atas diri saya. Sudah banyak dia menghulurkan bantuan. Katanya lagi, kerana dia saya masih lagi boleh melihat keindahan ciptaan Ilahi. Kerana dia juga saya masih mampu berdiri di sini. Pengorbanan yang dilakukannya belum mampu saya balas. Jadi tak salah kiranya pengorbanan sebegitu saya lakukan. Walaupun dia tidak sedarinya, tapi itu yang termampu bagi saya. Mendengarkan kisah tersebut, mengingatkan saya kepada satu kata-kata. “Kalau mencari kawan, carilah yang boleh bersama-sama dengan kita waktu susah dan waktu senang. Perhatikan ketika hujan. Seorang sahabat akan sanggup kebasahan demi sahabatnya”.

Memori ni menggamit kenangan 3 tahun lalu. Sewaktu kaki mula melangkah ke menara gading. Saat itu, hati ini sentiasa berdetik. Adakah aku mempunyai kawan untuk melewati hari-hari sebagai seorang mahasiswi. Orang cakap di Universiti banyak tugasan dan dugaan yang perlu ditempuhi . Yup.. ianya terlalu menguji diri ini. Ternyata memang teman diperlukan. Ya.. saya juga tidak terkecuali. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Saya punya teman. Teman yang begitu memahami. Syukur saya kepada Ilahi. Teman-teman sering ada bersama saya. Dianugerahkan juga rakan sekelas yang “sporting” dan “happy go lucky”. Semakin bertambah senyuman dalam tawa saya. Kesyukuran saya panjatkan kerana dianugerahkan teman sedemikian rupa.


04 February 2009

kisah biskut



Assalamualaikum...
Eemm pulang aje saya dari kelas hari ini, saya terus online yahoo messanger.. boring rasanya.. sempat juga tangan ini memcari sesuatu untuk dibaca.. Seronok juga.. Sibuk mencari.. Saya terbaca tajuk satu kisah yang saya kira menarik untuk dikongsikan.. "Kisah biskut" judulnya. Saya baca. Menarik juga. Penuh dengan maksud tersurat. Saya kira molek juga saya kongsi dengan kalian.. Hayatilah kisah ini...

"...Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

“Alangkah tak malunya lelaki ni….. dah la tak mintak dari aku…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…Pencuri!! ” rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.

“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…” getusnya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar..."

Moral daripada kisah ini, kita janganlah berburuk sangka dengan orang lain. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan kita terhadap orang lain.

Fikir-fikirkan...

01 February 2009

kiblatku

Pertama kali saya dengar di radio, terdetik di hati. Best lagu ni. Tertanya-tanya apakah tajuk lagu ini. Sungguh mendalam maksudnya. Tak tahu pulak bagi anda. Liriknya begitu puitis. Dalam sekali..Sibuk saya mencari . Alhamdulillah saya temui. “kiblatku” judulnya. Penyanyi nya pulak Hazami. Kalau tak salah saya. Ingin saya petik beberapa bait lirik. Saya kira kalau diperhalusi ianya mampu memberi kesan dalam hati kecil…

“Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar”

“Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku”


“Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar”

“Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...”

Saya tinggalkan bait lirik ini. Apa yang anda faham? Adakah sama dengan apa yang tersirat di minda saya. Renung-renungkan…saya tinggalkan persoalan ini..